Wednesday 15 May 2013

DAHULUKAN BUMIPUTRA


AMANAH CUKUP BERAT

Khairy Jamaluddin



KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin mengakui beliau memikul amanah yang berat apabila dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan semalam, menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Melalui laman sosial, Twitter miliknya sebaik sahaja pelantikan semalam, beliau berkata: “Alhamdulillah dan terima kasih semua atas mesej tahniah.
“Amanah yang berat. Mohon idea dari rakan-rakan semua untuk masa depan sukan dan belia."
Sementara itu, ketika dihubungi, beliau berkata tumpuannya sudah tentu kepada pembangunan belia dan sukan.
“Saya akan cuba melakukan transformasi orang muda yang mana saya berperanan untuk lebih rapat dengan golongan tersebut," katanya.
Menurutnya, beliau memerlukan masa dua minggu untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pihak sebelum membuat sebarang perancangan.
“Saya akan cuba melakukan transformasi dengan membawa suara anak muda ke dalam Kabinet," ujar beliau.
Khairy, yang dilahirkan pada 19 Januari 1976 adalah Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik memegang jawatan tersebut.
Khairy pertama kali bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-13 lalu.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007 hingga 2010.
Khairy pernah terbabit dalam rancangan realiti sukan popular, MyTeam. Pasukan itu beraksi dalam Liga Perdana pada 2007 sebelum bergabung dengan Perak UPB dan dikenali sebagai UPB-MyTeam.
Beliau menjadi Presiden pasukan tersebut sehingga berjaya muncul naib juara Liga Perdana 2007 dan beraksi dalam Liga Super pada 2008.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130516/su_01/Amanah-cukup-berat#ixzz2TPe500gS 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

CEO BANGSAT





Akhbar bangsa sendiri dia kutuk dan cemuh, akhbar cina yang siarkan kartun di atas dia diam sahaja. 

Dia kata Air Asia akan tarik balik semua iklan yang disiarkan di Utusan Malaysia. 

Apa yang bangang ni merepek ?

Wahai si bodoh, apakah dengan Air Asia menarik balik semua iklan di Utusan Malaysia, maka mereka akan mati ?

Sebelum kau beranak dan sebelum Air Asia wujud, Utusan Malaysia dah wujud berpuluh tahun. Jangan nak berlagak dengan iklan-iklan kau tu wahai bangang....

Tanpa iklan kau pun Utusan masih boleh hidup....

Jangan ingat kamu saja boleh ugut-ugut. Orang lain pun boleh buat macam-macam lagi kepada Air Asia kalau mereka nak buat. 

Face book si bangang itu klik di sini



KEMENTERIAN BARU UNTUK ANUWAR